Pages

Followers

Saturday, September 29, 2012

Oh My Cuti...

Perhhh..memang terasa penat bila hari-hari masuk keje, keje dan keje.. Kepenatan memang terasa, minda juga penat untuk berfikir dengan segala masalah yang datang. Bila dapat cuti pada kali ni BS dengan member-member BS telah pun membuat lawatan sambil belajar ke Pekan. Bukan apa BS pergi pekan pun sebab untuk memenuhi jemputan kenduri kesyukuran member BS mak ayahnya nak pergi menunaikan fardu haji... Alang-alang dah sampai pekan ni BS boleh rehatkan minda BS..bak kata orang sambil menyelam minum air tetapi kalau buat betul-betul buat sudah lama mati kelemasan..hahahah...

So apa yang BS kongsikan pada kali ini ialah gambar-gambar posing maut BS dengan member-member..MAUT ke..Kepada pembaca blog BS nilailah sendiri..Alang-alang bergambar tu bialah bajet macam model terkenal..heheh..bila lagikan pedulikan apa orang nak kata janji setiap gambar yang diambil ada maknanya yang tersendiri..

so check it out...

 Berat tol merian ni..

 At Taman Polo..


 Depan Muzium Sultan Abu Bakar..

 Proud to be Malaysian..

 Alhamdulillah..

 Ala-ala Mood Kampung gitu..



 Besantai sekejap..








At Muzium Kapal

Ni plak kat Pantai Sepat 

Penat Sudaa..Tapi enjoy..Kalau ada masa lagi next time tunggu lagi Update kt tempat pelancongan lain plak..Jalan-Jalan Cari Ketenangan...

Saturday, September 8, 2012

Sekeping ijazah tidak jamin kehidupan lebih baik



Entri kali ni BS lain daripada yang lain. Rencana ini BS jumpa dari Utusan newspaper Online yang bertarikh 20 Mei 2004. So kepada pembaca blogger  baca dan hayati serta buat penilaian sendiri mengenai entri ini. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.


Sekeping ijazah tidak jamin kehidupan lebih baik

Saudara Pengarang,

SAYA terpanggil untuk memberi komen terhadap luahan mengenai pengangguran pemegang ijazah oleh Ahmad Sarfarma Dolah dari Kota Bharu, Kelantan pada 18 Mei 2004.
Pengalaman beliau sebenarnya telah berlaku kepada ramai orang lain sejak lama dulu. Saya juga mempunyai ijazah seperti Ahmad, cuma dalam bidang yang berlainan iaitu undang-undang yang diperoleh daripada sebuah pusat pengajian tinggi di negara kita pada 2002.

Saya juga pernah ke hulu ke hilir mencari kerja yang bukannya senang walaupun saya mahir berbahasa Inggeris, Mandarin dan juga dialek-dialek Cina yang lain kerana emak saya berketurunan Cina.
Saya pernah menjadi penghantar surat, kerja kilang, tukang cuci pinggan-mangkuk di hotel, jadi jaga dan juga tukang angkut barang-barang di setor dan sekarang masih berniaga pisang goreng dan air kelapa di tepi jalan sehingga sering dikejar penguat kuasa Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA).

Semua ini saya anggap sebagai perkara enteng dalam kehidupan. Memang susah kita hendak lari daripada diumpat keji oleh masyarakat, malah kekadang keluarga terdekat juga tidak memberi sokongan moral.
Ingatlah saudara, dalam hidup ini tiada senang sebelum susah. Jangan kita terlalu mengharap dan memuja-muja sekeping ijazah yang kita peroleh kerana rezeki adalah di tangan Allah s.w.t.
Sekeping ijazah hanyalah batu loncatan atau hanya sebagai alat untuk mendapatkan pekerjaan tetapi ia tidak pernah menjanjikan apa-apa yang indah.

Berusahalah, sabar dan bertawakal. Mungkin suatu hari nanti Allah akan murahkan rezeki kita. Biarkanlah mereka yang berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan rezeki mereka. Mungkin setelah melalui pengalaman perit bertahun-tahun, barulah mereka dapat hidup senang dan mungkin lebih daripada kita yang berijazah.

Tahukah saudara Ahmad ada kerani di firma guaman yang berkerja lebih lima tahun gajinya adalah lebih mahal daripada peguam yang baru sahaja tamat latihan? Ini semua adalah perkara biasa kerana ijazah dan juga pengalaman mempunyai nilai yang tersendiri.

Ketiga, bagi mereka yang tidak faham mengenai rezeki, di sini ingin saya berkongsi sedikit maklumat. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda supaya umatnya menuntut ilmu kerana ilmu itu satu kewajipan kepada semua umat Islam. Islam tidak menuntut kita mencari ilmu hanya untuk mendapatkan kerja.
Oleh itu hendaklah kita bersyukur dan berusahalah bekerja, bukannya mencari-cari kerja. Kita bekerjalah dengan apa yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita di samping itu kita berusahalah untuk sesuatu yang lebih maju tanpa perlu berasa sedih dan kecewa.

Jika rezeki kita ketika ini adalah menjual kain tudung, maka juallah tudung dengan bersungguh-sungguh sambil berusaha melaksanakan sesuatu yang boleh menjamin kehidupan lebih baik dan cemerlang tanpa ragu-ragu dan mudah kecewa.

Keempat, untuk pengetahuan saudara dan juga adik-adikku yang senasib, saya bukannya bercakap berdasarkan teori malah sehingga sekarang saya masih lagi berniaga pisang goreng dan air kelapa di tepi jalan.

Saya juga bersyukur kerana dengan hasil jualan inilah saya dapat mendirikan rumah tangga dan menanggung seorang isteri yang juga senasib dengan para graduan lain yang masih menganggur. -

TAUKE AIR, Shah Alam, Selangor.




Dah habis baca dah entri ini apa pandangan anda..so komen-komen la kat bawah ni ea..thanks you

Friday, September 7, 2012

Buaya Rock

Apa  itu Buaya rock, bunyi macam pelik je tapi yang sebetulnya BS telah makan di Restoran  Crocodile Rock yang terletak di Kubang buaya kuantan pahang. BS dengan Bos tempat BS keje telah pun belanja makan kat sini. Konsep yang di ketengahkan oleh Restoran ini memang terbaik la. Bangunan Restoran adalah daripada bangunan banglo lama yang di ubah suai menjadi sebuah restoran yang cukup santai dan menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Jika anda berkunjung disini pada hari khamis malam jumaat, anda berkesempatan untuk menikmati live band sambil menikmati makanan anda..So kepada pembaca di luar sana datanglah ke restoran ini memang tak rugi..Erm Konsep makanan kat sini terdiri daripada western food.






 ini namanya Sirlon Steak 

  Ini Sling Fizz

 Racheal's  Mint Paradise

 Ceaser Salad

 Garlic Bread

 Ini Sup Cendawan..yummmm

 Terderloin Steak Best...

Dan My febret Spaghetti Bolongnese


Selepas makan memang kenyang la "Alhamdulillah" Kenyang sudah..