Pages

Followers

Tuesday, November 20, 2012

Berjaya Jugak...

Entri pada kali ini plak BS nak highlightkan pasal larian kitar semul dan habitat 2012 yang BS baru sertai pada 17 november yang lepas. Larian tersebut bagi ketegori lelaki dewasa ialah sejuah 10 kilometer. Memang  jauh ler, naik moto pun paling kurang 10 menit itupun kalau bawak laju. BS sebelum ini pernah menyertai larian sejauh 8 kilometer itupun masa sekolah menengah dulu-dulu, dan agak lama jugak lah tak berlari nie.

BS sebelum nie memang tak trainning tapi bila tiba masa nak berlari semangatnya rasa lain plak terover la plak. Tak tahu kenapa.. Pada masa first2 berlari tu memang lah leading kat depan tapi pakan daya belum sempat memang dah kena potong kat orang lain.

Tapi yang bestnya bila BS n juga member BS tamatkan 10 Km, Rasa macam artis plak bila sampai dekat garisan penamat, ada 3 orang photographer snap gambar BS ..perhhhh macam best2 la plak..heheh

Apa yang BS dapat masuk larian ni, T-shirt round neck dengan sijil penyertaan, dan yang paling best pengalaman menyertai larian ini, memang terbaik r.. Masa belajar dan kerja dapt jugak berlari lagi dengan member2..  kalau ada lagi peluang tahun depan semestinya BS akan sertai lagi larian ini..
Sibuk-sibuk BS berlari hanya dua gambar ini sahaja yang dapat BS snap..





Sungai Lembing VS Bukit Panorama

Pada kali ini  BS tak nak bercerita panjang, memandangkan BS memang sudah lama tak updata blog ni. Bila dah dapat masa macam nie barulah BS berpeluang untuk menulis apa yang BS dah buat sepanjang tempoh ini. Kalau bab-bab berjalan nie Bs memanglah tersangat suka suki hati nak berjimba. Memang menjadi rutin BS walaupun sibuk dengan kerja dan juga waktu kuliah BS tetap akan pergi melancong sambil melencong ke tampat yang menarik.

 Macam sungai lembing nie, Alang dah ada kat sini apa lagi sahut cabaran mendaki bukit panorama. Nampak macam rendah sahaja nama pun bukit kan tapi bila dah mula mendaki rasa macam nak pecah jantung BS nie nasib baik  tak macam jantung pisang kalau tak dah lama masak kena masak lemak ( tiba-tiba plak).. Rasanya memang perit dan sedikit pening-pening lalat gitu sebab kekurangan oksigen. So apa lagi jom kita tgk gambar pemandangan yang BS sempat ambik bersama rakan-rakan BS yang lain.

sebelum menaiki bukit panorama 



Pemandangan dari atas bukit panorama 

macam kontraktor daaa..binaan projjek juta-juta 

tangga menuju ke atas bukit panorama


Setelah penat mendaki bukit panorama nie BS dan juga teman-teman berjimba dekat panching plak untuk menyejukkan badan selepas habis satu badan basah bukan mandi tetapi berpeluh sebab lama tak bersenam..




 sempat lagi pose..heheh

 bila dah nak balik sempat lagi pose kat pintu masuk..