Pages

Followers

Tuesday, November 20, 2012

Berjaya Jugak...

Entri pada kali ini plak BS nak highlightkan pasal larian kitar semul dan habitat 2012 yang BS baru sertai pada 17 november yang lepas. Larian tersebut bagi ketegori lelaki dewasa ialah sejuah 10 kilometer. Memang  jauh ler, naik moto pun paling kurang 10 menit itupun kalau bawak laju. BS sebelum ini pernah menyertai larian sejauh 8 kilometer itupun masa sekolah menengah dulu-dulu, dan agak lama jugak lah tak berlari nie.

BS sebelum nie memang tak trainning tapi bila tiba masa nak berlari semangatnya rasa lain plak terover la plak. Tak tahu kenapa.. Pada masa first2 berlari tu memang lah leading kat depan tapi pakan daya belum sempat memang dah kena potong kat orang lain.

Tapi yang bestnya bila BS n juga member BS tamatkan 10 Km, Rasa macam artis plak bila sampai dekat garisan penamat, ada 3 orang photographer snap gambar BS ..perhhhh macam best2 la plak..heheh

Apa yang BS dapat masuk larian ni, T-shirt round neck dengan sijil penyertaan, dan yang paling best pengalaman menyertai larian ini, memang terbaik r.. Masa belajar dan kerja dapt jugak berlari lagi dengan member2..  kalau ada lagi peluang tahun depan semestinya BS akan sertai lagi larian ini..
Sibuk-sibuk BS berlari hanya dua gambar ini sahaja yang dapat BS snap..





Sungai Lembing VS Bukit Panorama

Pada kali ini  BS tak nak bercerita panjang, memandangkan BS memang sudah lama tak updata blog ni. Bila dah dapat masa macam nie barulah BS berpeluang untuk menulis apa yang BS dah buat sepanjang tempoh ini. Kalau bab-bab berjalan nie Bs memanglah tersangat suka suki hati nak berjimba. Memang menjadi rutin BS walaupun sibuk dengan kerja dan juga waktu kuliah BS tetap akan pergi melancong sambil melencong ke tampat yang menarik.

 Macam sungai lembing nie, Alang dah ada kat sini apa lagi sahut cabaran mendaki bukit panorama. Nampak macam rendah sahaja nama pun bukit kan tapi bila dah mula mendaki rasa macam nak pecah jantung BS nie nasib baik  tak macam jantung pisang kalau tak dah lama masak kena masak lemak ( tiba-tiba plak).. Rasanya memang perit dan sedikit pening-pening lalat gitu sebab kekurangan oksigen. So apa lagi jom kita tgk gambar pemandangan yang BS sempat ambik bersama rakan-rakan BS yang lain.

sebelum menaiki bukit panorama 



Pemandangan dari atas bukit panorama 

macam kontraktor daaa..binaan projjek juta-juta 

tangga menuju ke atas bukit panorama


Setelah penat mendaki bukit panorama nie BS dan juga teman-teman berjimba dekat panching plak untuk menyejukkan badan selepas habis satu badan basah bukan mandi tetapi berpeluh sebab lama tak bersenam..




 sempat lagi pose..heheh

 bila dah nak balik sempat lagi pose kat pintu masuk..


Friday, October 19, 2012

Kek Lapis Berlapis lapis sarawak


Sudah lama Bs tak update blog, maklumlah bz dengan keje. Minggu lepas adik kepada member kepada member BS (berapa ramai member daa) baru je balik dari bintulu sarawak,  So sebelum dia balik BS kirim ler kek lapis sarawak ni. Yang nie perisa masam-manis, memang sedap lah, origional dari sarawak. Sebelum ni pun member BS memang orang sarawak merangkap roomate BS masa balaja dulu selalu bawa kek lapis sarawak ni, dpat jugak la merasa tapi bila dah lama tak makan kek lapis sarawak ni rasa mengindam  plak nak makan (macam mengandung la plak mengindam bagai heheh) tapi nasib baiklah dapat merasa jugak akhirnya..Alhamdulillah.

So bila makan sedap tetapi bagaimana Kek lapis ini di buat, so apa lagi google kan ada.. Google resepinya.Hope pembaca blog BS sudi membuatnya, BS memang x ada masa la nak buat kek-kek bagai nie, sebab BS tahu makan je..hahahah

BAHAN-BAHAN 
10 biji telur130 gm gula halus
 450 gm mentega1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis (kecil
50 gm jem raspberry (boleh juga gunakan strawberry)
250 gm tepung Hong Kong
100 gm HorlicksSecukup Haw Flakes (49 keping setiap lapisan merah)

 CARA: 


1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat. 

2. Kemudian masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dengan kelajuan yang paling rendah saja untuk ratakan bahannya atau boleh juga kacau hingga sebati. 

3. Sesudah itu, masuk tepung dan horlicks lalu pukul lagi (dengan kelajuan rendah) atau dikacau hingga sebati. 

4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan warna. 
(a) Merah
 (b) Hijau
 (c) Kuning

 5. Loyang 8" x 8" telah digunakan. Kalau nak kurang tebal boleh gunakan 9" x 9".Bakar berlapis-lapis plain (satu warna demi satu warna) dan begitulah seterusnya sehingga habis.Susun haw flakes pada setiap lapisan merah atau mengikut kreativiti masing-masing.













 Selamat Mencuba..




Saturday, September 29, 2012

Oh My Cuti...

Perhhh..memang terasa penat bila hari-hari masuk keje, keje dan keje.. Kepenatan memang terasa, minda juga penat untuk berfikir dengan segala masalah yang datang. Bila dapat cuti pada kali ni BS dengan member-member BS telah pun membuat lawatan sambil belajar ke Pekan. Bukan apa BS pergi pekan pun sebab untuk memenuhi jemputan kenduri kesyukuran member BS mak ayahnya nak pergi menunaikan fardu haji... Alang-alang dah sampai pekan ni BS boleh rehatkan minda BS..bak kata orang sambil menyelam minum air tetapi kalau buat betul-betul buat sudah lama mati kelemasan..hahahah...

So apa yang BS kongsikan pada kali ini ialah gambar-gambar posing maut BS dengan member-member..MAUT ke..Kepada pembaca blog BS nilailah sendiri..Alang-alang bergambar tu bialah bajet macam model terkenal..heheh..bila lagikan pedulikan apa orang nak kata janji setiap gambar yang diambil ada maknanya yang tersendiri..

so check it out...

 Berat tol merian ni..

 At Taman Polo..


 Depan Muzium Sultan Abu Bakar..

 Proud to be Malaysian..

 Alhamdulillah..

 Ala-ala Mood Kampung gitu..



 Besantai sekejap..








At Muzium Kapal

Ni plak kat Pantai Sepat 

Penat Sudaa..Tapi enjoy..Kalau ada masa lagi next time tunggu lagi Update kt tempat pelancongan lain plak..Jalan-Jalan Cari Ketenangan...

Saturday, September 8, 2012

Sekeping ijazah tidak jamin kehidupan lebih baik



Entri kali ni BS lain daripada yang lain. Rencana ini BS jumpa dari Utusan newspaper Online yang bertarikh 20 Mei 2004. So kepada pembaca blogger  baca dan hayati serta buat penilaian sendiri mengenai entri ini. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.


Sekeping ijazah tidak jamin kehidupan lebih baik

Saudara Pengarang,

SAYA terpanggil untuk memberi komen terhadap luahan mengenai pengangguran pemegang ijazah oleh Ahmad Sarfarma Dolah dari Kota Bharu, Kelantan pada 18 Mei 2004.
Pengalaman beliau sebenarnya telah berlaku kepada ramai orang lain sejak lama dulu. Saya juga mempunyai ijazah seperti Ahmad, cuma dalam bidang yang berlainan iaitu undang-undang yang diperoleh daripada sebuah pusat pengajian tinggi di negara kita pada 2002.

Saya juga pernah ke hulu ke hilir mencari kerja yang bukannya senang walaupun saya mahir berbahasa Inggeris, Mandarin dan juga dialek-dialek Cina yang lain kerana emak saya berketurunan Cina.
Saya pernah menjadi penghantar surat, kerja kilang, tukang cuci pinggan-mangkuk di hotel, jadi jaga dan juga tukang angkut barang-barang di setor dan sekarang masih berniaga pisang goreng dan air kelapa di tepi jalan sehingga sering dikejar penguat kuasa Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA).

Semua ini saya anggap sebagai perkara enteng dalam kehidupan. Memang susah kita hendak lari daripada diumpat keji oleh masyarakat, malah kekadang keluarga terdekat juga tidak memberi sokongan moral.
Ingatlah saudara, dalam hidup ini tiada senang sebelum susah. Jangan kita terlalu mengharap dan memuja-muja sekeping ijazah yang kita peroleh kerana rezeki adalah di tangan Allah s.w.t.
Sekeping ijazah hanyalah batu loncatan atau hanya sebagai alat untuk mendapatkan pekerjaan tetapi ia tidak pernah menjanjikan apa-apa yang indah.

Berusahalah, sabar dan bertawakal. Mungkin suatu hari nanti Allah akan murahkan rezeki kita. Biarkanlah mereka yang berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan rezeki mereka. Mungkin setelah melalui pengalaman perit bertahun-tahun, barulah mereka dapat hidup senang dan mungkin lebih daripada kita yang berijazah.

Tahukah saudara Ahmad ada kerani di firma guaman yang berkerja lebih lima tahun gajinya adalah lebih mahal daripada peguam yang baru sahaja tamat latihan? Ini semua adalah perkara biasa kerana ijazah dan juga pengalaman mempunyai nilai yang tersendiri.

Ketiga, bagi mereka yang tidak faham mengenai rezeki, di sini ingin saya berkongsi sedikit maklumat. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda supaya umatnya menuntut ilmu kerana ilmu itu satu kewajipan kepada semua umat Islam. Islam tidak menuntut kita mencari ilmu hanya untuk mendapatkan kerja.
Oleh itu hendaklah kita bersyukur dan berusahalah bekerja, bukannya mencari-cari kerja. Kita bekerjalah dengan apa yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita di samping itu kita berusahalah untuk sesuatu yang lebih maju tanpa perlu berasa sedih dan kecewa.

Jika rezeki kita ketika ini adalah menjual kain tudung, maka juallah tudung dengan bersungguh-sungguh sambil berusaha melaksanakan sesuatu yang boleh menjamin kehidupan lebih baik dan cemerlang tanpa ragu-ragu dan mudah kecewa.

Keempat, untuk pengetahuan saudara dan juga adik-adikku yang senasib, saya bukannya bercakap berdasarkan teori malah sehingga sekarang saya masih lagi berniaga pisang goreng dan air kelapa di tepi jalan.

Saya juga bersyukur kerana dengan hasil jualan inilah saya dapat mendirikan rumah tangga dan menanggung seorang isteri yang juga senasib dengan para graduan lain yang masih menganggur. -

TAUKE AIR, Shah Alam, Selangor.




Dah habis baca dah entri ini apa pandangan anda..so komen-komen la kat bawah ni ea..thanks you

Friday, September 7, 2012

Buaya Rock

Apa  itu Buaya rock, bunyi macam pelik je tapi yang sebetulnya BS telah makan di Restoran  Crocodile Rock yang terletak di Kubang buaya kuantan pahang. BS dengan Bos tempat BS keje telah pun belanja makan kat sini. Konsep yang di ketengahkan oleh Restoran ini memang terbaik la. Bangunan Restoran adalah daripada bangunan banglo lama yang di ubah suai menjadi sebuah restoran yang cukup santai dan menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Jika anda berkunjung disini pada hari khamis malam jumaat, anda berkesempatan untuk menikmati live band sambil menikmati makanan anda..So kepada pembaca di luar sana datanglah ke restoran ini memang tak rugi..Erm Konsep makanan kat sini terdiri daripada western food.






 ini namanya Sirlon Steak 

  Ini Sling Fizz

 Racheal's  Mint Paradise

 Ceaser Salad

 Garlic Bread

 Ini Sup Cendawan..yummmm

 Terderloin Steak Best...

Dan My febret Spaghetti Bolongnese


Selepas makan memang kenyang la "Alhamdulillah" Kenyang sudah..

Wednesday, August 29, 2012

RAYA dan kerja

Hari raya sudah 10 hari, Mood raya ada lagi tetapi tidak ada plak yang buat open house..Hari ini secara rasminya aku telah mula bekerja kembali setelah cuti untuk berhari raya. Nak kata teruja sangat tak adanya, tetapi mood oklah..Kalau di fikir-fikir balik dapat raya dengan family is the best thing berbanding dengan orang yang berada diperantauan dan tak dapat cuti untuk berhari raya..alhamdulillah.. Raya tahun ini macam biasa jelah "besederhana" tiap-tiap tahun pun memang macam ni, ayat bajet artis-artis gitu..puiiiii...

Tahun ini raya theme biru turquoise semua ahli keluarga, my mom dan my dad serta dua adik ak..To my brother yang second plak theme baju rayanya warna hitam..dan to abang yang sulong plak campur ala2 mix gitu warnanya..Erm warna apa-apa pun yang kita pakai, yang penting raya meriah..

Duit raya plak tahun memang ni memang tak de ler..sebab da tua...hahah tiba-tiba je..Apa yang best la masa raya ni dapat makan ketupat palas yang mak aku buat..memang sedapla sama ada ketupat palas biasa or berintikan serunding..sedap tu..



Selain tu apa yang aku suka buat perkara pelik pada hari raya ialah pakai baju baharu, lawa-lawa tetapi duk rumah dan tunggu orang datang beraya..Pernah tak ko orang terfikir..tetapi bagi sesetengah orang ialah memang tak pelik sebab semua orang pakai baju baharu namun pada hari raya je orang pakai baju baharu dari pagi sampai ptg dan duk umah je..kepada yang memang suka berjalan pada hari raya terutama hari raya pertama memang tak pelik la kalau pakai baju baharu.. BAgi BS memang tak suka berjalan pada raya pertama sebab masa ini lah untuk merapatkan silaturahim dengan sanak saudara sedang menunggu dihari mulia bertemu mesra heheh..lagu raya la plak..

Oklah BS da penat bukan penat apa penat memerah idea..nanti BS update lg blog ni ya..ok Daaaa...

Friday, July 27, 2012

SUKMA part 3

Untuk menjayakan malam penutupan Sukan Malaysia yang ke 15 ini BS dengan rakan-rakan sukarelawan yang lain diwajibkan hadir untuk raptai dan juga acara penutupan penuh. Nak dijadikan cerita pada hari raptai tersebut geng-geng BS memang tidak tahu nak buat apa..Nak kata suruh tolong-tolong setup apa-apa tidak ada so apa lagi BS dengan member-member BS buat hal sendiri r..P pusing-pusing sekitar stadium dan juga duk melepak dekat tempat VVIP..seawal 5.30 lagi berkumpul dekat stadium itu. Sewaktu melepak-lepak itu so BS ternampak la seorang artis ini. Gayanya macam Rihana...rupanya Mimi one nation emcess dengan dua orang group dia. So BS tgk je lah gelagat dia orang bukanya minat sangat..Hanya budak-budak sekolah under Siti Nurhaliza Production sahaja yang duk posing maut bergambar dengan mimi...hehehe...

Hari pertama untuk raptai sangat meembosankan tetapi kira oklah sebab boleh tengok persiapan dan juga raptai penuh..Apa yang paling best sekali ialah apabila Dato Siti Nurhaliza menyanyi dekat depan grand stage. Memang nampak dengan jelas lah sebab waktu itu BS berada dekat tempat VVIP. Apa yang menariknya waktu raptai ini ialah tiada sebarang cacat celapun memang mengikut apa yang telah dirancangkan untuk acara sebenar dengan PM wanna be menaiki basikal, serta merasmikan Majlis penutupan Sukma Pahang 2012 ini..

Pada hari acara sebenarnya BS menerima satu Sms yang mewajibkan BS menghadirkan diri di stadium untuk menyertai perarakan majlis penutupan. BS dah merasa pelik dah kerana masa raptai memang tidak ada pun tribute untuk para sukarelawan ini. BS dengan member-member sukarelawan yang lain memang dah plan pun nak p stadium. So pada pukul 8.00 BS dengan member yang lain berkumpul di pintu 11 mengikut pada arahan sms yang telah dihantar. Bila masuk je pintu no 11 itu rupa-rupanya sudah ramai yang ada mengambil tempat menunggu untuk menyertai perarakan tersebut. pelbagai usia ada, kakak-kakak, pak cik-pak cik, dan juga baya-baya BS pun ada.

Tunggu punya tunggu ingatkan BS kena sudah tipu lagi sebab mak cik-makcik yang ada kat situ duk sibuk tanya-tanya BS samada jadi ke tak perarakan ini..manalah BS tahu tetapi tiba-tiba ada oramhg panggil suruh turuh dari tempat duduk dan beratur kerana waktu itu atlit-atlit sukan yang lain sudah ready untuk perarakan masuk atlit-atlit.. BS apa lgi terus bangun dan tidak melepaskan peluang ini..heheh..


KEADAAN DI TENGAH-TENGAH PADANG STADUIM.





yang ini mini konsert selepas acara penutupan sukma...


Apa-apa pun memang best la rasa...Rasa macam Atlit pun ada (tiba-tiba). walaupun BS mewakili sukarelawan yang lain berarak ditengah padang dengan lambaian kepada PM adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilupa..Alhamdulillah lah dapat juga merasa macam Atlit yang lain..Pengalaman ini memang tidak dapat dimana-manalah hanya di SUKMA PAHANG 2012..Nanti Perlis akan menjadi tuan rumah pada 2014..Jumpa di Sana..heheh..


SUKMA Lagi ...Part 2

ok la bila da boring-boring ni BS nk cerita sikit mengenai penutupan SUKMA pahang pada 16 julai 2012. Sebelum menunggu untuk hari raptai sukma tersebut so BS dengan member-member sukarelawan yang baru BS kenal ni buat reunion balik..ceh..ceh..ceh macam lama je  tak jumpa padahal sekejap je dah nk berunion bagai..tapi tak apa la sebagai untuk mengeratkan silaturahim..x salah rasanya..heheh..

 Yang bertudung putih ni zila, illa yang kat tengah dan yang kecik molek ni hawa

 dan yang ni plak Hafifi Azran..

 Guess what cina ke malayu ni..for sure melayu ya..namanya azlan..jangan confius lak..hehe

dan yang ni plak nama dia ida..

 dan yang ni lak namanya shahira..

Masa dekat Capital Mall Kuantan BS memang x sempat nak snap2 picture diaorang..so picture masa sukma juga jadi mangsa..memang sempoi r  p main boling dekat kuantan plazza sebab dekat megamall penuh lagi, Acara Bowling  belum habis lagi..Lepas tu makan-makan dekat Noodles station di Capital Mall then Shopping-shopping raya padahal masa nie puasa pun belum lagi..bukan apa Masa BS p Capital Mall promosi tuk raya dah ada so beli la apa yang boleh beli tu..hehehe..lepas ni tunggu update tuk malam penutupan Sukma ke 15 lak ya..heheh

so ni la resultnya..BS yang Shortname AR tu..for Aeron hahah..tak de r Shortform name BS je..