Sudah lama Bs tak update blog, maklumlah bz dengan keje. Minggu lepas adik kepada member kepada member BS (berapa ramai member daa) baru je balik dari bintulu sarawak, So sebelum dia balik BS kirim ler kek lapis sarawak ni. Yang nie perisa masam-manis, memang sedap lah, origional dari sarawak. Sebelum ni pun member BS memang orang sarawak merangkap roomate BS masa balaja dulu selalu bawa kek lapis sarawak ni, dpat jugak la merasa tapi bila dah lama tak makan kek lapis sarawak ni rasa mengindam plak nak makan (macam mengandung la plak mengindam bagai heheh) tapi nasib baiklah dapat merasa jugak akhirnya..Alhamdulillah.
So bila makan sedap tetapi bagaimana Kek lapis ini di buat, so apa lagi google kan ada.. Google resepinya.Hope pembaca blog BS sudi membuatnya, BS memang x ada masa la nak buat kek-kek bagai nie, sebab BS tahu makan je..hahahah
BAHAN-BAHAN
10 biji telur130 gm gula halus450 gm mentega1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis (kecil
50 gm jem raspberry (boleh juga gunakan strawberry)
250 gm tepung Hong Kong
100 gm HorlicksSecukup Haw Flakes (49 keping setiap lapisan merah)
CARA:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.
2. Kemudian masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dengan kelajuan yang paling rendah saja untuk ratakan bahannya atau boleh juga kacau hingga sebati.
3. Sesudah itu, masuk tepung dan horlicks lalu pukul lagi (dengan kelajuan rendah) atau dikacau hingga sebati.
4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan warna.
(a) Merah
(b) Hijau
(c) Kuning
5. Loyang 8" x 8" telah digunakan. Kalau nak kurang tebal boleh gunakan 9" x 9".Bakar berlapis-lapis plain (satu warna demi satu warna) dan begitulah seterusnya sehingga habis.Susun haw flakes pada setiap lapisan merah atau mengikut kreativiti masing-masing.
Selamat Mencuba..