Pages

Followers

Tuesday, July 24, 2012

SUKMA PAHANG KE 15

Alhamdulillah Sukan Malaysia atau lebih dikenali sebagai SUKMA telah selamat melabuhkan tirainya.Oleh kerana Sibuk dengan SUKMA so blog pun memang tak sempat nak update.Bila ada masa ini apa lagi jom berblogging. Pada hari first taklimat untuk SUKMA di equestrian di Tanjung Lumpur dapatlah apa yang dijanjikan.

Antaranya Baju Sukarelawan dan Track suite.





 Dan yang ini plak borang pengesahan bertugas iaitu satu keping borang kehadiran ini berharga RM50


First acara berkuda diadakan di PAHANG INTERNATIONAL ENDURANCE PARK (PIEP)CHERATING, PAHANG sejauh 80km. Untuk acara Endurance ini adalah untuk menguji ketahanan kuda menamatkan jarak perjalanan sejauh  80km. Kuda akan berhenti di 5 check point iaitu check point air 1,2 dan 3 manakala check point hutan 4 dan 5. Untuk check point 3-4 "rider" (penungang kuda) terpaksa melalui 2 pusingan manakala check point 5 hanya 1 pusingan. Pusingan 1 kuda perlu menghabiskan jarak perjalanan sejauh 25km manakala untuk pusingan kedua kuda perlu menghabiskan jarak perjalanan 35km dan pusingan ketiga sejauh 20km. Untuk pusingan pertama bermula pukul 5.30ptg 'rider" perlu menungang kuda dari check point air 1 hingga 2. Hanya check point 1 dan 2 ini untuk siang hari dan check point 3-5 untuk cabaran waktu malam. BS ditugaskan untuk menjaga Check point air 1. Sorang-sorang lak tu kat tepi pantai cherating. Kerja BS hanya tengok-tengok kuda yang datang kat Check point 1 dan tolong beri air mineral kepada rider. Setelah selesai di check point air 1 pada 7.50pm BS di pindahkan ke check point 3. Makan dan minum semua dekat check point air 3. Tiba-tiba ditakdirkan malam itu hujan plak.. sejuk gilers rasa nasib baik dibekalkan baju hujan kalau tak da lama basah kuyup.





 1 Tangki Air ini perlu diisi dengan ais kerana untuk menurunkan suhu badan kuda. Kuda cepat berpeluh dan  team kuda perlu kurangkan suhu badan kuda dengan  kuda tersebut perlu dimandikan dengan air bercampur ais dan 3 lagi hanya air paip biasa untuk bagi kuda minum dan juga untuk basahkan badan kuda. Acara Endurance ini selesai pada pukul 4.30 pagi. Walaupun penat tetapi best la jugak.

Setelah selesai acara Endurance di Cherating BS dan kawan-kawan sukarelawan lain terpaksa balik semula ke tanjung Lumpur untuk membuat persiapan jumping dan juga dressing. Untuk acara jumping Rider perlu melepasi 11 halangan dan acara dressing pula adalah untuk menguji bagaimana Rider mengawal pergerakan kuda seperti membuat bulatan, pusingan U dan sebagainya


 Arena Acara Jumping
Antara halangan yang perlu dilalui oleh peserta
.Arena Acara Dressing.


Nama-nama Rider dan juga Kuda masing -masing.


Juara keseluruhan untuk acara Equestrian ini ada Terenganu. Congrats to Terengganu Equestrian Team. Oklah sampai disini je yang BS boleh share, banyak lagi Exprience yang BS lalui kalau nak taw macam mana BS rasa masa SUKMA ini so jadilah sukarelawan SUKMA perlis 2014 nanti ya..Jumpa disana.   



No comments:

Post a Comment