Pages

Followers

Friday, July 27, 2012

SUKMA part 3

Untuk menjayakan malam penutupan Sukan Malaysia yang ke 15 ini BS dengan rakan-rakan sukarelawan yang lain diwajibkan hadir untuk raptai dan juga acara penutupan penuh. Nak dijadikan cerita pada hari raptai tersebut geng-geng BS memang tidak tahu nak buat apa..Nak kata suruh tolong-tolong setup apa-apa tidak ada so apa lagi BS dengan member-member BS buat hal sendiri r..P pusing-pusing sekitar stadium dan juga duk melepak dekat tempat VVIP..seawal 5.30 lagi berkumpul dekat stadium itu. Sewaktu melepak-lepak itu so BS ternampak la seorang artis ini. Gayanya macam Rihana...rupanya Mimi one nation emcess dengan dua orang group dia. So BS tgk je lah gelagat dia orang bukanya minat sangat..Hanya budak-budak sekolah under Siti Nurhaliza Production sahaja yang duk posing maut bergambar dengan mimi...hehehe...

Hari pertama untuk raptai sangat meembosankan tetapi kira oklah sebab boleh tengok persiapan dan juga raptai penuh..Apa yang paling best sekali ialah apabila Dato Siti Nurhaliza menyanyi dekat depan grand stage. Memang nampak dengan jelas lah sebab waktu itu BS berada dekat tempat VVIP. Apa yang menariknya waktu raptai ini ialah tiada sebarang cacat celapun memang mengikut apa yang telah dirancangkan untuk acara sebenar dengan PM wanna be menaiki basikal, serta merasmikan Majlis penutupan Sukma Pahang 2012 ini..

Pada hari acara sebenarnya BS menerima satu Sms yang mewajibkan BS menghadirkan diri di stadium untuk menyertai perarakan majlis penutupan. BS dah merasa pelik dah kerana masa raptai memang tidak ada pun tribute untuk para sukarelawan ini. BS dengan member-member sukarelawan yang lain memang dah plan pun nak p stadium. So pada pukul 8.00 BS dengan member yang lain berkumpul di pintu 11 mengikut pada arahan sms yang telah dihantar. Bila masuk je pintu no 11 itu rupa-rupanya sudah ramai yang ada mengambil tempat menunggu untuk menyertai perarakan tersebut. pelbagai usia ada, kakak-kakak, pak cik-pak cik, dan juga baya-baya BS pun ada.

Tunggu punya tunggu ingatkan BS kena sudah tipu lagi sebab mak cik-makcik yang ada kat situ duk sibuk tanya-tanya BS samada jadi ke tak perarakan ini..manalah BS tahu tetapi tiba-tiba ada oramhg panggil suruh turuh dari tempat duduk dan beratur kerana waktu itu atlit-atlit sukan yang lain sudah ready untuk perarakan masuk atlit-atlit.. BS apa lgi terus bangun dan tidak melepaskan peluang ini..heheh..


KEADAAN DI TENGAH-TENGAH PADANG STADUIM.





yang ini mini konsert selepas acara penutupan sukma...


Apa-apa pun memang best la rasa...Rasa macam Atlit pun ada (tiba-tiba). walaupun BS mewakili sukarelawan yang lain berarak ditengah padang dengan lambaian kepada PM adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilupa..Alhamdulillah lah dapat juga merasa macam Atlit yang lain..Pengalaman ini memang tidak dapat dimana-manalah hanya di SUKMA PAHANG 2012..Nanti Perlis akan menjadi tuan rumah pada 2014..Jumpa di Sana..heheh..


2 comments:

  1. waaaaaaaaaaaa...bestnya! rugi dah habis study :(

    ReplyDelete
  2. x pew2 ti bila perlis jadi tuan rumah join la ti ya..heheh

    ReplyDelete