My life is starting jika di terjemahkan dalam bahasa melayu Hidupku bermula. Maksudnya disini ialah kita akan merasakan betapa susahnya hidup ini bila kita diberi dugaan tetapi tidak bermakna bahawa Allah s.wt tidak sayang kepada kita tetapi Allah hendak menguji kita sejauh mana keimanan kita dan kekuatan dalam menempuh hidup kita di dunia yang fana ini. Hidup ini pada hakikatnya bukan mudah untuk kita melalui setiap detik yang telah dianugerahkan Oleh-Nya kerana setiap apa yang kita mahukan memerlukan usaha dan juga pengorbanan. Nak makan pun susah. Susahnya bagaimana iaitu kita perlu menyuap setiap makanan yang hendak kita makan ke dalam mulut barulah kita boleh merasa makanan tersebut. Begitulah hidup ini, kita memerlukan makanan untuk hidup, tempat tinggal untuk berlindung, dan juga tempat untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Semua yang dinyatakan tadi ialah memerlukan wang. Disini bermakna wang bukanlah semata-mata untuk hidup tetapi dengan wanglah kita dapat mengecapi semua itu.
Untuk mendapatkan wang kita memerlukan pekerjaan. tetapi juga ada rezeki yang telah ditentukan oleh-Nya , tidak bekerja pun dapat wang. Apa dia erk? Jawapannya sedekah namun tidak selalu perkara ini terjadi.Wang bukanlah datang secara sendiri dan kita perlu mencari wang tersebut dengan bekerja. Kerja tak kisahlah apa janji halal walaupun mengutip tin ditepi jalan sekalipun. So esok bermulah hidup aku sebagai sukarelawan untuk Sukma, walaupun Sukan Malaysia bermula pada 7hb Julai 2012 namun pada 1hb Julai 2012 iaitu esok aku telah dipanggil untuk taklimat, dan 2hb Julai 2012 kerja aku sebagai sukarelawan Sukma bermula. Alhamdulillah ada juga rezeki aku dan aku berharap aku dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna. Excited pun ada dan mudah-mudahan dipermudahkan segala-segalanya... Insyaallah...
Setelah seminggu aku bekerja part time dah terpaksa mintak cuti dua minggu semata-mata untuk Sukma. Selepas Sukma Tamat nanti baru aku masuk kerja balik. Matlamat aku ialah mencari sebanyak duit yang boleh untuk menampung hidup aku dan tidak melupakan suruhan agama itu yang penting. Sepanjang aku start kerja part time ni macam-macam jenis manusia aku jumpa, walaupun aku pernah bekerja sebelum ini tetapi keadaannya sudah berbeza dan disini mengajar aku bagaimana hendak berdepan dengan masalah yang datang dan menyelesaikanya. Inilah dikatakan hidup. setiap orang masalahnya berbeza dan adalah sifat manusia sejak azali lagi bila ada sahaja masalah, baru manusia mula berfikir untuk menyelesaikan masalah tersebut, samada secara baik atau sebaliknya bergantung pada orang. Apa yang aku luahkan pada hari ini bukan untuk mematahkan atau menakutkan pembaca blogger tetapi untuk mereka berfikir hakikat hidup ini yang sebenar walaupun sudah ditentukan segala-segalanya oleh-Nya fikir-fikirkanlah.
dugaan nie dtg dari allah..ada sebab dan knape DIA berbuat demikian...doa n tawakal...
ReplyDelete