Pages

Followers

Sunday, May 27, 2012

AYAM PENYET

Pada 26.04.2012 BS aka Budak Sepet sempat Dinner dekat Restoran Ayam Penyet yang terletak di Berjaya Megamall. Memang terbaik la. BS dengan dua orang lagi kawan BS makan kat restoran ini. Dengan rekaan dalaman yang nampak begitu ekslusif, bercirikan hiasan dalaman bertemakan jawa mempersonakan setiap pengunjung yang datang. Anda boleh memilih untuk berada dalam Restoran Ayam Penyet or Outdoor makan bukan diluar tetapi didalam juga "openAir" ya ibu-ibu dan bapak-bapak hehe..ceh-ceh macam sedang shotting  jalan-jalan cari makan la plak..huhu

So BS tak nak cerita panjang lagi, jom kita tengok apa yang BS order. First BS order Air...

BS order Air Bandung soya + Cincau..slrppppp sedap...
untuk BS dengan kawan BS..

Green Buble Apple...sedap.
Second BS order Lauk..yumm-yummm..

  Yang ni Ayam Masak Habang harganya agak-agak brape? cuba teka..

Yang ni plak Bebek Bengil- Bebek tu aka daging itik daripada Bali Gitu..

ini ialah Rendang Ayam . Resepi dari Minangkabau..tak la pedas sangat...


Lastly apa lagi order Nasi la..da lapaq..huhuhu..


Dan Add Ons Desert..

Chocolate Ice Cream Sundae...

Kos untuk semua yang BS order hurmm..Kawan BS tolong Orderkan ni ialah dalam RM 52.00 je..Murah kan..Maklumlah Kawan BS yang belanja..Kalau berminat boleh la ke website ayam Penyet iaitu di http://www.ayampenyet-ap.com/v2.1/ atau boleh datang terus di berjaya megamall aras bawah ya atau di cawangan-cawangan ayam penyet berhampiran anda.. ceh3..promote la plak..

Saturday, May 19, 2012

My WoRk

This time I will be post about my work...tiba-tiba "speaking" London lak..Work?? mesti anda tertanya-tanya kerja apa ni..ke kerja yang ditawarkan da approved. Tak adalah sebenarnya dan sebenarnya tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu yuna lak..hahaha..okalah sebenarnya BS nak post pasal ART WORK..macam mana tu ambik kos business admin leh sampai ke AD la plak..BS memang minat kalau bab-bab editing gambar-gambar dan juga editing video...Harap-harap suatu hari nanti leh buka syarikat editing video sendiri..tgk lah editingnya macam mana..nak kata BS pandai tak lah pandai sangat..ko orang tgk lah sendiri..


 Invitation Card
 Cover Belakang Majalah

 Poster 

 Banner 3x6 feet

 Invitation Card 

 Poster 

 Name Tag






Iklan minyak wangi

Iklan Bahulu coklat

Cover tuk subject Bahasa Arab

Cover untuk "Sebiru Cintaku"

Thursday, May 17, 2012

Yeke Macam tak caye laK..Alhamdulillah

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat jugak aku "update" blog budak sepet ni, sepet ke..hehehe.. Macam bulan jatuh ke riba, bagai orang mengantuk disorongkan bantal..ceehhh tiba-tiba berpuitis plak hahaha..Sungguh aku tak sangka sempena hari ulang tahun kelahiran aku, Aku ditawarkan keje..Alhamdulillah da lama aku cari-cari keje nie tiba-tiba keje datang depan mata..Hanya menunggu masa je aku nak approved keje ni walaupun gajinya tak seberapa tapi dapatlah tampung hidup aku.

Peperiksaan Akhir semester dah tak lama lagi..so aku kena prepared dari segi fizikal dan mental untuk menempuh exam yang sangat penting ini. Lepas exam nanti aku balik rumah dahulu sebelum aku keje..dapatlah keje part time sebab kelas aku tuk semester depan tak la banyak sangat..Banyak sangat masa kosong dan aku kena pandailah bahagikan masa. Masa tuk buat assignment, untuk p kelas dan masa tu keje..Aku amat bersyukur Alhamdulillah..harap-harap keputusan exam akhir aku ini semua success kalo ada rezeki tuk dapat 4.0 pointer..Insyaallah..

Sekarang ini sibuk untuk hantar assignment so mata pun susah nak tido..Then bila pergi kelas mata "rabak" so terpaksalah cover-cover dan mata pun bertambahlah sepetnya..Dan Yeke macam tak caye lak ada lagi kawan-kawan aku yang sanggup kenakan aku dengan membaling tepung kat aku...Walaupun title bufday boy da lepas tapi kena jugak..dan yang tak boleh blah Ayat membe aku "dendam Terbalas"..hahhaha
Ape-apepun aku sangat-sangat berterima kasih kerana ingat hari kelahiran aku..thanks a lot..tetapi nasib baik tak kena telur kalau tak habislah jaket aku,seluar jeans aku..huhuhuhu..sampai sekarang tak basuh-basuh lagi kerana tak ada masa..Cuti nanti harap-harap sempatlah basuhnya..Pemalas tul aku...

Oklah mata pun da pedih nie..mengantuk gillers..assignment da pun ciap print Ok lah as salam...

Sunday, May 13, 2012

My Bufday...

Alhamdulillah sebab tiba juga hari ulang tahun aku yang ke 24 ni..Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik dan harap-harap lepas nie dapat kerja yang best2.. Tak sangka lak tiba-tiba hari ini ada gak kawan-kawan yang wish dan juga celebrate bufday aku..heheh..To all my friend yang ingat Bufday aku pada hari ini thanks a lot, you always in my heart..tak lupa juga yang buat majlis tuk celebrate bufday aku pada hari ini walaupun dalam keadaan yang sederhana...
ni beberapa picture yang aku ambik dekat facebook..

 Cantik kek..heheh

  Masa tuk potong kek...


 Potong jangan tak potong

 "surrender" tak de r kena jugak calit cream kek...nasib baik tak kena balinh tepung...


Inilah kawan-kawan aku yang datang celebrate..terpaksalah pakai topeng ngn topi nie..atas permintaan ramai...hahahha


Double Day...erk 2 hari ke hari nie..

Erm macam menarik je entri kali ni..Apa itu "double day" ker "Double Date" hehehe...Hari nie kan 13 may...Minggu kedua dalam bulan Mei..Mesti ko orang tahu kan. Hari ini ada;ah Hari Ibu. Bagi aku lah, aku menyambut hari ibu ini adalah sebagai tanda menghargai segala jasa-jasa ibu aku yang membesarkan aku dan tak lebih dari itu.

"Apa hadiah atau penghargaan yang ko orang berikan sebagai tanda menghargai Ibu anda.. Sini " as a writer for this blog" memberi beberapa idea yang tidak memerlukan wang ringgit atau harta, iaitu cukup dengan ucapan terima kasih sudah memadai.  Hati seorang ibu pasti terharu bila anaknya menghargainya sebagai ibu walaupun dengan ucapan terima kasih. Anggaplah macam inilah bila kita dihargai apa yang kita rasa?.. "pasti gembira kan" dan begitu juga dengan ibu kita. Kepada sesiapa yang masih lagi mempunyai ibu, cepat-cepatlah "call" ibu anda dan menyatakan tanda terima kasih anda..Dan kepada yang telah tiada, sedekahkan al fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah Swt..hurm tapi ingat bukan tiba hari ibu kita je untuk kita mengigati ibu kita, kalau boleh tiap-tiap hari tunjukkan rasa kasih dan juga sayang kepada ibu kita.


Kedua, hadiah yang boleh diberikan ialah dengan membawa ibu anda menjalani pemeriksaan kesihatan. Biarlah ibu kita senantiasa berada dalam keadaan sihat waafiat.. Kosnya tak mahal, Kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk membuat pemeriksaan kesihatan selain di hospital kerajaan, klinik desa mahupun klinik satu malaysia pun boleh dilakukan pemeriksaan kesihatan.

Selain memberikan hadiah seperti alat make-up bagi ibu-ibu yang suka make-up, "hand bag", pakaian dan sebagainya, bolehlah pada hari ibu ini apa kata biar ibu anda menjadi madam besar kat rumah pada hari ini.. Biar anda melakukan kerja-kerja rumah dan memasak masakan istimewa kepada ibu anda..Kalau pandai rekalah resepi-resepi baru yang memang tidak ada di jual di mana-mana kedai dan juga buku masakan, itu lebih baij. Tapi BBS masih lagi belajar, "so" tak ada kat rumah jadi just "call" jelah "wish" hari ibu.

Kek "for my mother" heheh- gambar hiasan je..heheh

Hurmmm...Apa yang "double day tu..mesti tak sabar nak tahu kan..Selain menyambut hari ibu, hari ini ilah hari kelahiran aku..Alhamdulillah bersyukur kerana aku dipanjangkan umur dan harap-harap dimurahkan rezeki insyaallah...Aku masih ingat lagi masa waktu aku dilahirkan (tiba-tiba taw)..heheh  tak adalah Emak aku "tell a story lah" ala-ala masa nak tidur gitu, Mak aku cite yang aku ni lahir pada bulan ramadhan, waktu itu  dah dekat nak raya, so perkiraan aku hari kelahiran aku kalau mengikut tahun islam ialah jatuh pada bulan puasa.. brape ramadhan aku pun tak tahu..tapi ikut tahun masehi lagilah senang..ikut tarikh je kan..Tak payah nak kusutkan kepala hahahha..

Happy bufday to me..happy bufday to me..Bak kata usop wheelcha..(HKLBR)

Oklah mata pun da mengantuk nanti "Update" lagi dengan entri2 yang menarik..K nite..

Friday, May 11, 2012

Aku ke..

Kali ni aku nak mengimbau segala aktiviti yang pernah aku lakukan sepanjang aku sertai dan berada dekat pahang ini.. Antara pose-pose maut aku sume ada dalam gambar aku kat bawah ni...

 Gambar ini snap semasa aktiviti dekat cherating..Masa ini aku tiga orang je budak degree yang join dengan budak dip ni,,,mesra alam katakan hahahah...



  Hah.. masa ni pula dekat pantai batu hitam..kali ini lain plak  melibatkan semua ahli BBA society..Dengan nama mudahnya Persatuan Budak-budak business..Enjoy la kt sini..


 Masa ini pula gambar aku masa muda-muda lu.. Masa ini ada Dinner dengan Lecture..ce teka mana satu lecture ak..hehehe....secret2


 Yang ni plak paling best P Fraser Hill..Masa ni Program ni under Subjek Siswa Niaga...macam macam Aktiviti kt sini..


 Yang ni plak masa aku sem 1 kalo x salah r..aku pun dah lupe..Muda x ..hahahah


 Gambar ini Pula masa aku p kenduru kahwin senior aku..sempat la berposing dengan pengantin..
 Yang ini dekat KB Mall main bowling dengan kawan-kawan aku..masa cuti Semester ni..Best..Terbaik r...


 Yang Posing dekat pokok ni..Masa Jalan-jalan cari pasal..Masa ni nak p bandar.. transport x de..lepas naik bas awan terpaksa jalan kaki nak p Shopping Mall...

 Gambar yang mesra ini diambil masa program mesra BBA jugak..tempatnya dah lupa kat mana...huhuhu


 Gambar ini masa Reunion form 5..da lama x jumpa kawan2 sekolah menengah ni...


 Yang ni picture paling latest.. masa Bengkel Keusahawanan 2012..dekat SMA AL IHSAN..Adik2 al ihsan yang sememangnya sporting..best melayan ko org walaupun aku stakat jadi urusetia..



Dan yang last ni masa aku main Bowling sama dengan picture kat atas tu... Sempat lagi pose tu...


Oklah stakat ni jelah yang dapat aku update Blog ni..nest time kalo ada masa aku update lg..Farawell.. As salam...

Thursday, May 10, 2012

1st time

Sudah lama tak berblogging neh..Walaupun sebelum ni pernah berblog tapi sudah lama tak bukak, so passwordnya pun dah lupa.. Jadi Blog Budak sepet ni jadi peganti kepada blog-blog yang sebelum ini..