My life is starting jika di terjemahkan dalam bahasa melayu Hidupku bermula. Maksudnya disini ialah kita akan merasakan betapa susahnya hidup ini bila kita diberi dugaan tetapi tidak bermakna bahawa Allah s.wt tidak sayang kepada kita tetapi Allah hendak menguji kita sejauh mana keimanan kita dan kekuatan dalam menempuh hidup kita di dunia yang fana ini. Hidup ini pada hakikatnya bukan mudah untuk kita melalui setiap detik yang telah dianugerahkan Oleh-Nya kerana setiap apa yang kita mahukan memerlukan usaha dan juga pengorbanan. Nak makan pun susah. Susahnya bagaimana iaitu kita perlu menyuap setiap makanan yang hendak kita makan ke dalam mulut barulah kita boleh merasa makanan tersebut. Begitulah hidup ini, kita memerlukan makanan untuk hidup, tempat tinggal untuk berlindung, dan juga tempat untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Semua yang dinyatakan tadi ialah memerlukan wang. Disini bermakna wang bukanlah semata-mata untuk hidup tetapi dengan wanglah kita dapat mengecapi semua itu.
Untuk mendapatkan wang kita memerlukan pekerjaan. tetapi juga ada rezeki yang telah ditentukan oleh-Nya , tidak bekerja pun dapat wang. Apa dia erk? Jawapannya sedekah namun tidak selalu perkara ini terjadi.Wang bukanlah datang secara sendiri dan kita perlu mencari wang tersebut dengan bekerja. Kerja tak kisahlah apa janji halal walaupun mengutip tin ditepi jalan sekalipun. So esok bermulah hidup aku sebagai sukarelawan untuk Sukma, walaupun Sukan Malaysia bermula pada 7hb Julai 2012 namun pada 1hb Julai 2012 iaitu esok aku telah dipanggil untuk taklimat, dan 2hb Julai 2012 kerja aku sebagai sukarelawan Sukma bermula. Alhamdulillah ada juga rezeki aku dan aku berharap aku dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna. Excited pun ada dan mudah-mudahan dipermudahkan segala-segalanya... Insyaallah...
Setelah seminggu aku bekerja part time dah terpaksa mintak cuti dua minggu semata-mata untuk Sukma. Selepas Sukma Tamat nanti baru aku masuk kerja balik. Matlamat aku ialah mencari sebanyak duit yang boleh untuk menampung hidup aku dan tidak melupakan suruhan agama itu yang penting. Sepanjang aku start kerja part time ni macam-macam jenis manusia aku jumpa, walaupun aku pernah bekerja sebelum ini tetapi keadaannya sudah berbeza dan disini mengajar aku bagaimana hendak berdepan dengan masalah yang datang dan menyelesaikanya. Inilah dikatakan hidup. setiap orang masalahnya berbeza dan adalah sifat manusia sejak azali lagi bila ada sahaja masalah, baru manusia mula berfikir untuk menyelesaikan masalah tersebut, samada secara baik atau sebaliknya bergantung pada orang. Apa yang aku luahkan pada hari ini bukan untuk mematahkan atau menakutkan pembaca blogger tetapi untuk mereka berfikir hakikat hidup ini yang sebenar walaupun sudah ditentukan segala-segalanya oleh-Nya fikir-fikirkanlah.
Saturday, June 30, 2012
Tuesday, June 19, 2012
Comfirm..
Dalam tengah duk sibuk-sibuk study untuk paper yang last ni, BS sempat lagi update blog ni.. Setelah hampir dua minggu menunggu keputusan maka sudah comfirm. Apa yang comfirmnnya, hurm... kalau pembaca blogger selalu jenguk Blog Budak Sepet ini, BS ada highlightkan mengenai SUKMA @ Sukan Malaysia. Ok la BS story la sikit apa yang BS dah tempuh.. Sebelum ini BS telah pergi temuduga untuk menjadi sukarelawan Sukma dan di pendekkan cerita pada 17.06.2012 BS telah dipanggil untuk menghadari taklimat sukarelawan di Dewan Utama Wisma Belia Indera Mahkota, memang dekat je dekat tempat tinggal BS, jalan kaki pun sampai. Alhamdulillah akhirnya dapat juga nak jadi sukarelawan. Namun BS rasa terkilan sedikit kerana apa yang BS apply lain yang dapat plak.
Sebelum ini BS apply untuk menjadi sukarelawan untuk sukan Akuatik, Hoki dan juga boling Padang tetapi BS dapat Ekuesterian, dengan bahasa mudahnya acara berkuda. Tempat acara berkuda ini adalah berhadapan dengan Kompleks Yayasan Pahang dekat tanjung lumpur, so BS terpaksalah baiki moto BS yang clutchnya rosak untuk mennjadi sukarelawan ti. Sedih jugak rasa. Tapi tak apa demi nak cari pengalaman macam mana jadi sukarelawan ni best ke x..Sebelum ini BS tak pernah jadi sukarelawan so ini pengalaman pertama BS.
Apa-apapun yang penting BS dapat menyumbang tenaga serta berganding bahu dengan sukarelawan lain untuk menjayakan SUKMA ini, kalau bukan kita sebagai rakyat malaysia untuk memeriahkan Sukan kita sendiri siapa lagi kan..Untuk masa perasmian nanti BS dengan sukarelawan lain kena turut menyertai acara perasmian dia Stadium Makmur dan hopefully semua akan berjalan dengan lancar...

Wednesday, June 6, 2012
TV 1 Malaysia
Kali ini BS nak share dengan pembaca Blogger yang diluar sana mengenai TV 1 Malaysia. Bukan Komputer Riba 1 Malaysia je yang ada TV pun ada jugak. Sekarang ini 1 Malaysia sudah menjadi sebati dalam kalangan rakyat malaysia ini. Slogan 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke enam iaitu Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak pada 2 April 2009. BS Malas nak story panjang panjang mengenai 1 Malaysia ini, kalau hendak tahu Google kan ada..heheh
Berbalik kepada TV 1 Malaysia tadi, yang sebenarnya ialah TV 1 Malaysia ini adalah satu Program Komputer untuk menonton TV secara Percuma melalui sambungan talian internet. Daripada anda sibuk-sibuk Google mencari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan TV online ini baik lah anda Install di Komputer anda dan sangat menyenangkan hanya klik bila anda memerlukanya. BS akan menunjukkan cara-caranya..
Langkah pertama kenalah Download file installernya dulu di
Antara saluran TV yang anda boleh lihat ialah TV 1, TV 2, TV 3, TV Al Hijrah, eRama TV, MYTV, TVi, CQTV, EG IPTV, Tamil TV, CCTV 2,CCTV 4, CCTV 9. Software ini memerlukan minimum 384 kpbs untuk download dan 128kpbs untuk upload so ok je kan tak lah berat sangat, guna broadband pun lepas ok. Bila installation berjaya tu tekan je ikut nombornya contoh 601 untuk menonton saluran TV 1, 602 untuk TV 2 dan seterusnya. Kalau dah bosan-bosan tu cuba la tgk TV 1 Malaysia Online... Selamat Mencuba.
Berbalik kepada TV 1 Malaysia tadi, yang sebenarnya ialah TV 1 Malaysia ini adalah satu Program Komputer untuk menonton TV secara Percuma melalui sambungan talian internet. Daripada anda sibuk-sibuk Google mencari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan TV online ini baik lah anda Install di Komputer anda dan sangat menyenangkan hanya klik bila anda memerlukanya. BS akan menunjukkan cara-caranya..
Langkah pertama kenalah Download file installernya dulu di
http://www.mediafire.com/?o2m45lcanqzf8mq
Setelah siap download kenalah extract dulu lepas tu barulah boleh Install. Nak Installnya just Klik pada setup dan ikut je arahan sampai installation itu Finish. Software ini freeware so anda tak perlu risau dan tak merbahaya pun pada laptop anda..heheh.Antara saluran TV yang anda boleh lihat ialah TV 1, TV 2, TV 3, TV Al Hijrah, eRama TV, MYTV, TVi, CQTV, EG IPTV, Tamil TV, CCTV 2,CCTV 4, CCTV 9. Software ini memerlukan minimum 384 kpbs untuk download dan 128kpbs untuk upload so ok je kan tak lah berat sangat, guna broadband pun lepas ok. Bila installation berjaya tu tekan je ikut nombornya contoh 601 untuk menonton saluran TV 1, 602 untuk TV 2 dan seterusnya. Kalau dah bosan-bosan tu cuba la tgk TV 1 Malaysia Online... Selamat Mencuba.
Front Page
Antara saluran yang disediakan pilih jangan tak pilih
Monday, June 4, 2012
Boleh ke.
BS kali ini nak tell a story mengenai something yang memang BS tak pernah buat iaitu bejalan sambil mengangkat dua belah kaki..hurm macam mana tu..heheh, yang sebenarnya BS nak menceritakan pengalaman BS nak jadi sukarelawan SUKAN MALAYSIA @ SUKMA.. Anda semua pasti tahu kan..Bila SUKMA akan diadakan dan dimanakah akan berlangsung sukan ini?
BS akan expalin sikit mengenai SUKMA ini.. Sukan Malaysia kali ke 15 akan diadakan di Pahang pada 7-16 Julai 2012. Acara ini akan berlangsung selama 10 hari di beberapa tempat di sekitar kuantan dan juga di Temerloh serta Pekan pahang. Atlit-atlit sukan akan ditempatkan di beberapa tempat penginapan seperti di POLISAS, UMP Gambang, Kolej Ikip Casa Tanjung, Kipsas, Kolej Profesional Mara, Universiti Islam Antarabangsa Indera Mahkota, Institut Latihan Kemas Kuantan, IKBN Lancang, Pusat Latihan Maritim Gebang, dan Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Zon Timur Sri Tualang.
Bagaiman dengan Maskot untuk SUKMA pada kali ini, untuk pengetahuan anda ialah Gajah. Gajah ini diberi nama iaitu, Melentai, Puteh, Tahan dan Teku. Kesemua 4 Maskot.. Berbalik masa BS p untuk temuduga menjadi sukarelawan ini, Muka dah la cuak sebabnya boleh plak lupa bila sukan malaysia ini berlangsung. Nak kata takut sangat untuk interview tu tak adalah sebab bukanya nak apply mintak kerja kat situ heheh..
Bila masuk-masuk je bilik interview tu, orang yang kat dalam tu tanya samada masih belajar lagi ke belum lepas itu dia explain pasal sukan malaysia ini. Rasa cuak tadi terus hilang so apa lagi time untuk borang-boraklah apa lagi..Interviewer tu sempat expalin benefit kalau berjaya menjadi sukarelawan ini antaranya Elaun RM 50 sehari mengikut waktu bertugas, Baju Tshirt, Track Suite, dan makan 3 kali sehari, itu la yang BS ingat..
Interviewer tu suruh pilih vanue sukan untuk menjadi sukarelawan BS pilih untuk jadi sukarelawan Sukan Hoki dan juga Akuatik sebab dekat je dengan tempat BS tinggal. Kedua-dua acara ini akan berlangsung di Wisma Belia dan Stadium Utama Sukpa.Selain itu BS pilih untuk menjadi Bapa Angkat dan tempat untuk bapa angkat ini BS pilih di UIA Indera Mahkota, penempatan untuk atlit Sepak Takraw dan Boling Padang.
Dalam 2 minggu lagi barulah tahu resultnya macam mana berjaya atau tidak.. Apa-apapun terserah pada rezeki..Kalau ada adalah.Insyaallah..

Maskot SUKMA 2012
Sempat lagi berposing..
Friday, June 1, 2012
EXaM go..go for it..
Minggu depan da start exam..berdebar pun ada tak tahu apa nak cakap..Mood nak masuk dewan exam ni macam-macam ada sama ketika BS ambik SPM pada zaman muda-muda dulu. Sekarang dah nak habis degree pun sama jugak rasa. Dalam sibuk-sibuk nak study sempat lagi update blog ni, bukan apa menunggu untuk mood membaca datang..Membaca pun nak kena ada mood ke, BS pun tak faham, anda di luar sana pun pada adik-adik, kakak-kakak yang pernah ambik exam, Apa- apa exam pun mesti cari mood nak membaca atau mengulangkaji kan..kan...
Insyaallah BS akan habis kan Degrree pada tahun ni dan Insyaallah pada tahun hadapan Konvokesyen menanti..Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Setiap dugaan yangg diberikan oleh Allah swt itu pasti kita dapat menanggungnya. kalau tak ada dugaan ini tak best la hidup, rasa macam tak mencabar la plak..
so lastly sebelum nak sambung study balik ni jadual BS..Jadual Peperiksaan Akhir.. Wish me Luck dan Success..BS juga doakan kepada pembaca blog Budak Sepet ini berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi tapi yang penting halal dan barulah keberkatan hidup itu ada..Wassalam..
Subscribe to:
Posts (Atom)