Dalam tengah duk sibuk-sibuk study untuk paper yang last ni, BS sempat lagi update blog ni.. Setelah hampir dua minggu menunggu keputusan maka sudah comfirm. Apa yang comfirmnnya, hurm... kalau pembaca blogger selalu jenguk Blog Budak Sepet ini, BS ada highlightkan mengenai SUKMA @ Sukan Malaysia. Ok la BS story la sikit apa yang BS dah tempuh.. Sebelum ini BS telah pergi temuduga untuk menjadi sukarelawan Sukma dan di pendekkan cerita pada 17.06.2012 BS telah dipanggil untuk menghadari taklimat sukarelawan di Dewan Utama Wisma Belia Indera Mahkota, memang dekat je dekat tempat tinggal BS, jalan kaki pun sampai. Alhamdulillah akhirnya dapat juga nak jadi sukarelawan. Namun BS rasa terkilan sedikit kerana apa yang BS apply lain yang dapat plak.
Sebelum ini BS apply untuk menjadi sukarelawan untuk sukan Akuatik, Hoki dan juga boling Padang tetapi BS dapat Ekuesterian, dengan bahasa mudahnya acara berkuda. Tempat acara berkuda ini adalah berhadapan dengan Kompleks Yayasan Pahang dekat tanjung lumpur, so BS terpaksalah baiki moto BS yang clutchnya rosak untuk mennjadi sukarelawan ti. Sedih jugak rasa. Tapi tak apa demi nak cari pengalaman macam mana jadi sukarelawan ni best ke x..Sebelum ini BS tak pernah jadi sukarelawan so ini pengalaman pertama BS.
Apa-apapun yang penting BS dapat menyumbang tenaga serta berganding bahu dengan sukarelawan lain untuk menjayakan SUKMA ini, kalau bukan kita sebagai rakyat malaysia untuk memeriahkan Sukan kita sendiri siapa lagi kan..Untuk masa perasmian nanti BS dengan sukarelawan lain kena turut menyertai acara perasmian dia Stadium Makmur dan hopefully semua akan berjalan dengan lancar...
No comments:
Post a Comment